Followers

Thursday, June 17, 2010

Aku Tetap Aku Walaupun Aku Begini

Siapakah aku..?? Oh.. aku adalah diriku yg sebenarnya.. aku tidak mahu berpura2 menjadi org lain.. biarlah aku dgn diriku.. biarlah aku dgn kehidupan.. biarlah aku dgn memori2 semlm yg penuh dgn suka duka kehidupan.. biarlah aku dgn hari2 yg akan mndtg.. pengalaman semlm byk mengajar aku mnjadi lebih dewasa.. mnjadi lebih matang dlm berfikir.. masa depanku.. aku sendiri yg kena tentukan kemana hala tujunya.. bukan org lain yg bleh menentukannya..

Telah lebih 20 tahun aku hidup di dunia ini.. dimana segala2nya adalah milik Allah.. dlm tempoh lebih 20 tahun ini jugalah aku telah menempuh dan melalui berbagai2 dugaan dan ranjau hidup.. sungguhpun begitu aku tidak pernah rasa kesal dgn apa yg berlaku dan tidak akan sesekali menyalahkan takdir dan ketentuan yg telah ditetapkan.. semuanya adalah suratan hidupku.. aku di uji sebegini utk mengetahui sejauh mana kekuatan diriku.. aku akui kekadang ku rasa tidak kuat.. tidak bermaya utk menempuh semuanya.. tp ku gagahkan juga diriku.. ku panggil semangat diriku sendiri.. aku.. aku.. aku mesti teruskan.. aku mesti berjuang.. aku mesti menempuhnya demi org2 yg aku kasihi.. yg aku sayangi dan yg aku cintai.. pasti akan ada mentari yg akan menerangi kehidupanku ini..

Kini.. aku rasa happy skali kerana aku telah menjumpai seseorg.. seseorg yg bleh menerima seadanya diriku yg serba kekurangan ini.. seseorg yg sudi menyayangi dan mencintai diri yg tak seberapa ini.. Ya Allah.. sesungguhnya aku terlalu menyayangi dan mengasihinya dgn seikhlas hatiku.. ku pohon padaMu ya Allah moga Kau tetapkan hati ku utk menyayangi dan mencintainya sehingga akhir hayatku ini.. ku bersyukur kepadaMu ya Allah.. kerana Kau telah mempertemukan aku dgn dirinya.. kehadiran dia dan cintanya dlm hidupku amat bermakna skali..

Biarlah apa org nak kata.. biarlah org nak mentertawakan aku.. buatlah apa mereka suka.. aku tetap dgn diriku.. aku tetap dgn pendirianku.. asalkan aku tidak menganggu kehidupan org lain.. asalkan aku tidak menyusahkan org lain.. dan yg paling penting.. asalkan aku bahagia dan happy dgn apa yg aku buat.. dan juga aku tahu yg mana baik dan yg mana buruk.. aku hanya mencintai dan menyayangi dirinya.. semua org pasti merasakan apa itu cinta.. pasti semua org juga pernah dan akan melalui hubungan cinta itu.. cinta yg aku maksudkan adalah cinta sesama makhluk.. kita tak bleh membandingkan cinta sesama makhluk.. dan cinta terhadap Allah SWT.. kerana cinta terhadap Allah adalah cinta sejati.. Cinta itu buta..? Betulkah apa yg dikatakan cinta itu buta..?? oh.. cinta sememangnya tidak buta.. kerana cinta itu sendiri tidak mampu melihat.. org yg bercinta itu sebenarnya yg buta..

Bagaimana seseorg itu jatuh cinta..?? Apakah faktor2 yg menyebabkan seseorg itu boleh mencintai seseorg?? Kebanyakan org jatuh cinta kerana kecantikan atau rupa paras seseorg.. jatuh cinta pandang pertama org ckp.. tp tidak pada diriku.. aku tidak mgkn jatuh cinta kerana kecantikan seseorg perempuan itu.. aku tidak melihat itu semua.. Aku jatuh cinta terhadap dia kerana diri dia.. kerana dia adalah dia.. aku jatuh cinta padanya tanpa melihat bagaimana rupa dirinya.. mgkn org akan kata aku gila.. kerana tanpa berjumpa antara satu sama lain pun aku bleh jatuh cinta.. yea.. mmg aku gila.. kerana aku sendiri tak tahu camna aku bleh jatuh cinta terhadapnya.. perasaan itu hadir tanpa dipaksa2.. mula2 aku hanya suka berkawan dgnnya.. suka dgn caranya.. tapi lama kelamaan timbul pula suatu perasaan di mana aku mula menyayangi dia.. dari hari ke hari perasaan itu semakin menebal dalam diriku.. ku tanya diriku sendiri adakah aku benar2 menyayangi dirinya.. yea.. now.. pasti skali aku terlalu sayangkan dirinya.. perasaan itu mnjadi semakin dan semakin menebal lg setelah aku bersua muka dgn nya.. ternyata perasaan aku sblm aku menemuinya adalah benar.. dan aku kini terlalu merindukan dirinya..

Pertemuan adalah sesuatu yg tidak dirancang.. begitu juga pertemuan aku dgn dia.. internet adalah medium yg menemukan aku dgn dirinya.. chatting.. yea.. dgn berchatting.. aku mengenali dunia chatting semasa aku sedang sibuk belajar di utara tanah air.. keadaan dan suasana pergaulan yg mmbosankan aku kkdg membawa aku mengenali dunia chatting.. di situlah aku bertemu dgn dia.. pertemuan yg pada mulanya hanya sekadar utk chatting biasa.. bertukar mnjadi kawan cyber.. then bertukar kepada bibit2 cinta dlm hubungan itu..walaupun sebenarnya aku tidak berapa pasti dgn dirinya.. samada dia benar2 menyayangi aku atau sebaliknya.. tetapi aku telah menyayangi dirinya tanpa mengenali rupa sebenarnya, cuma photo yang menjadi rujukan untuk aku.. andai kata dia tipu aku masa itu maka mmg hidup2 lagi aku dh kena tipu.... aku hanya bertawakal kpd Allah.. berdoa kpdNya dan memohon kepadaNya.. sekiranya perempuan ini adalah jodohku.. temukan aku dgn dirinya.. permudahkanlah semuanya.. kerana aku tidak mahu lagi bermain dgn perasaan.. bermain dgn perasaan org.. dan yg penting bermain dgn perasaan aku sendiri..

Pengalaman yg lepas byk mengajarku.. aku nekad dlm diriku.. sekiranya dia betul2 sygkan aku.. aku akan pilih dirinya.. hanya dia dlm hidupku.. sblm mengenali dirinya.. aku ada bgtau dgn diriku sendiri yg aku akan menerima org yg menyayangi diriku lebih dr aku menyayangi dirinya.. tp kini ternyata aku terlalu menyayangi dirinya.. Ya Allah.. Kau tetapkan hatiku ini ya Allah.. Kini.. aku pasti.. amat pasti.. yg dia adalah pilihan hatiku utk menjadi teman hidupku.. utk aku menghabiskan sisa2 kehidupan bersamanya.. aku nekad skali.. aku akan berkawin dgnnya.. ku mohon kpd Allah semoga aku dpt menjalankan tanggungjawab dgn sebaik2nya.. semoga aku dpt menjadi sebaik2 isteri utk dirinya.. semoga aku dpt mentaatinya.. semoga aku sentiasa memperoleh keredhaan darinya.. dan yg penting semoga matinya aku nanti di dlm keredhaannya..

Aku impikan sebuah keluarga yg bahagia bersamanya.. umur padaku tidak menjd sebarang masalah padaku.. insyaAllah.. yg penting aku redha dan bleh menerimanya.. ya.. walaupun perbezaan umurku dgnnya tidak laa ketara sangat namun hakikatnya dia lebih berumur dari ku.. oh itu tidak mnjd masalah pada diriku.. dia juga punya hati dan perasaan.. dia juga ada hak utk jatuh cinta.. semua org ada hak utk jatuh cinta dan bercinta.. aku menerima seadanya dirinya itu sebagaimana dia menerima seadanya diriku ini.. hanya aku mohon kpd Allah semoga ditetapkan hati ini supaya akan sentiasa mencintainya sehingga ke akhir hayat.. ditetapkan hati supaya dpt menempuh segala badai yg mndtg.. ditetapkan hati supaya hatiku tidak akan berubah sampai bila2.. kerana aku ingin skali menjd yg terbaik utk dirinya.. Ya Allah.. Kau makbulkanlah doaku ini..

Utk kawan2ku.. ku pohon kepada kalian sudilah kiranya kalian mendoakan kebahagiaan aku dgnnya.. aku ingin skali hidup bahagia bersamanya.. doakan semoga hubungan perkahwinan kami ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. doakan semoga aku dan dia dpt menempuh segala dugaan dan cabaran hidup dgn hati yg tabah.. dan aku juga akan mendoakan kebahagiaan kalian.. sesamalah kita mendoakan utk kebahagiaan kita semua di dunia dan akhirat.. sesungguhnya hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja.. aku tidak boleh terlalu memilih.. kerana semuanya telah ditetapkan.. tidak ada org yg sempurna dlm dunia ini.. aku hanya manusia biasa.. byk kekurangan.. tp yg pasti semua org pasti ada kelebihan masing2.. jgn terima seseorg hanya kerana kelebihan yg ada pada dirinya.. tetapi terimalah ia juga kerana kekurangan yg ada dlm dirinya.. kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain.. sebagaimana aku.. diriku amat memerlukan org seperti dia.. dia kekasih hatiku.. aku tidak malu di sini utk menyatakan bahawa dia adalah kekasih hatiku.. yea.. mgkn dlm dirinya ada kekurangan.. dan aku ingin skali melengkapkan kekurangan itu.. dan dia pula akan melengkapkan kekurangan yg ada dlm diriku.. begitulah..

Buat dirinya.. sekiranya dia membaca apa yg aku tulis ini.. ketahuilah bahawa diri ini.. hati ini.. telahpun menerima seadanya diri itu.. yea syg.. aku telah pun menerima seadanya syg.. kerana kita sendiri tahu bahawa kita bukan seorg yg sempurna.. terlalu byk kekurangan dlm diri ini.. terima kasih syg kerana sudi menerima seadanya diri ini.. terima kasih kerana sudi menerima aku sebagai seorg suami di sisi syg.. insyaAllah.. sama2lah kita berdoa moga kita berdua dpt menempuh segalanya..

Sebelum aku mengakhiri coretanku buat kali pertamanya ini.. ku pohon ampun dan maaf dari semua yg mengenali diri ini sekiranya terdpt sebarang kesalahan dan kesilapan yg dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja.. diharap semua sudi memaafkan diriku ini.. sesungguhnya aku manusia biasa yg tidak lepas dari melakukan kesilapan.. dan aku akan cuba memperbaikinya.. insyaAllah.. buat kawan2ku.. terima kasih kerana sudi berkawan dgnku.. terima kasih kerana sudi mnjd kawanku.. terima kasih juga atas segalanya.. to all my frens.. i love u all.. moga kita sama2 dpt mengecap kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Buat org yg amat aku sayangi dan cintai.. maafkan diri ini di atas segala kesilapan dan kesalahan yg dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja.. syg.. i love u so very much.. sayang, sebagaimana diri syg.. from the bottom of my heart.. Thank u very much for your concerns.. your love.. n all.. u're the only ones who really2 cares and concerns for me.. and the most important.. u understand me than others.. yea syg.. nobody try to understand me as what syg did.. terima kasih juga kerana syg sudi berkongsi segala masalah.. berkongsi segala suka dan duka diri ini.. terima kasih and i love u too much syg..

Buat my mum.. mak, aku perlukan restu mak.. restu utk kita meneruskan kehidupan kita bersama2 dgn org yg kita sayang.. untuk berkongsi segala2nya dgn org itu.. harap mak dpt mendoakan kebahagian aku bersamanya.. kebahagiaan aku di dunia dan akhirat.. ketahuilah mak.. i love u so very much too.. hanya maklah mak aku dunia dan akhirat.. u're the best mum in the world.. mak.. aku mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan yg dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja.. maafkan segalanya yea mak.. ku ingin skali mnjadi anak yg terbaik.. moga restu mak sentiasa mengiringi diri ini.. terima kasih mak atas segalanya.. i love u mak..

Sekian dulu utk kali ini.. terima kasih kpd semua.. sesiapa yg tidak mengenali siapa diriku.. jgn dan tidak perlu ditanya siapa diri ini.. cukuplah apa yg ku ceritakan..

Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah.

Petikan dari : coretankenangan blog (sekadar bahan bacaan).

Saturday, March 20, 2010

Kau Masih Hadir

Saat ini kau masih hadir dlm ingatanku,
walaupun hadirmu buat seketika,
namun kau byk memberi kesan,
ku tahu hatimu terlalu murni,
maaf darimu terlalu bererti,
untuk insan seperti ku..,
bukan pintaku apa terjadi,
bukan kuasaku nasib diri ini,
ku cuma insan naif,
tak lepas dr kesilapan,
tak lekang dgn kekurangan,
kenapa sukar untuk menerimaku,
sbgai penyeri hidupmu,
apakah kerana kesilapan yg lalu,
membuatkan hatimu,
belum terbuka untukku,
andai takdir penentunya,
ku tak dapat mengubahnya,
namun usaha akan ku teruskan,
moga kebahagian untuk kita,
hadir bersama redha yg Esa.,

Thursday, March 18, 2010

Rahsia Perempuan Yang Lelaki Patut Tahu

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin- rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. Percayalah..

Wednesday, March 17, 2010

Adakah cinta memerlukan sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam  bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.  Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang  disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu,
kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH
KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah  jer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-
cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok
dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.
Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki
itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau
keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya
sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di
depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita,dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa
amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan
rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah,
kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

5 Tanda Hati Keras Membatu

"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).