Followers

Monday, September 30, 2013

'Frust' dalam bercinta



Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.” 
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan. Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati. Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’ atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women) Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali. 

Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila a usia ttua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini:“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

[GEMPAR] Kewujudan Makhluk Bersayap Sebelum Jin & Manusia di Bumi?

Sekadar perkongsian...

Sunday, June 2, 2013

Telaga Al-Kausar dan umat Rasulullah SWA.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku adalah pendahulu kalian menuju telaga. Siapa saja yang melewatinya, pasti akan meminumnya. Dan sesiapa meminumnya, niscaya tidak akan haus selamanya. Nanti akan datang beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, namun mereka terhalangi dari menemui diriku.” (HR Bukhari, no. 6528 dan Muslim, no. 4243)  Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku berkata: “Mereka termasuk umatku!” Namun muncul jawaban: “Engkau tidak mengetahui perkara yang mereka ada-adakan selepas sepeninggalmu.” Aku pun berkata: “Pergi dari sini, Pergi dari sini, bagi orang yang mengubah (ajaran agama) setelahku.” (HR Bukhari, no. 6097)  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya selepasku nanti akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan penipuan. Sesiapa pergi kepada mereka lalu membenarkan penipuan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan dapat mendatangi telagaku. Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan dapat mendatangi telagaku”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi). 


Daripada hadis2 di atas dapat kita sama2 renungkan bahawa walaupun umat islam akhir zaman ini di anggap umat Nabi Muhammad tetapi kerana membenarkan penipuan dan membantu kezaliman pemimpin2 maka Nabi SWA tidak mengaku sebagai umat, wanau zubillah himin zalik....mintak dijauhkan kita semua tergolong dr golongan ini kerana jika tidak diterima sebagai umat Nabi Muhammad maka adakah kita layak untuk mendapat syafaat Baginda dan syurga Allah...renung2kan laaa untuk kebahagian akhirat kita, kejarlah dunia tp jgn hingga kita terlepas akhirat.

Tuesday, May 28, 2013

Yang agama dikutuk, yang hiburan dipuji...'BODO'.

Hangat jugak laaa skrg ni TK rasa bila UAI baru dikhabarkan berkahwin bg kali yang ke-3, bukan maksud dah 3 kli je tapi berkahwin dengan istri ke-3 laaa tu maknanya, tahniah dari TK buat Ustaz Azhar Idrus (UAI)...tapi yang TK heran tu dgn kerenah insan2 yang duk rasa dengki, xpuashati sampaikan mcm2 perkataan tak elok dilontarkan kpd seorang ahli ilmuan agama yg banyak menyumbang berkongsi mengajar ilmu agama pd umat islam terutama di Msia ni, nak kata buat salah tu tak pon tapi ada yg sanggup menuduh dgn kata2 mcm ayah pin, gile sex dan mcm2 lg...klu dah jahil tukil bodoh piang jgn laaa duk kutuk kt org yg lg byk ilmu agama, klu tak suka sgt tu dia je laaa lebih baik dari buat dosa kering mengata org yg tak bersalah, mmg manusia tu x maksum kecuali nabi dan rasul tp dalam hal poligami UAI ni atau yang seangkatan dgn dia ni, TK mmg rasa xdop salahnya pon..Allah tu lebih tahu hal manusia dan hukum hakam yg diturunkan pada manusia, jd siapa kita nak mempertikaikan hukum Allah, insaflah dr buat benda tak elok dan tak berfaedah maka lebih baik tambah ilmu agama utk bekalan dunia dan akhirat.

Friday, May 17, 2013

Tugas2 Penting Menteri Kabinet 2013


Senarai kabinet ni TK ambik yang kepala2 je laaa, yg timbalan tu ada buat menyemak sahaja, klu ketua tak ada kerja, timbalan2 tu lagi laa tak buat kerja.

Perdana Menteri
Najib Tun Razak@Rosmah Mansor
(Kumpul kekayaan hasil rompakan harta negara dan rakyat Malaysia - semua harta akan di bawa bersama ke dalam kubur).

Timbalan Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin [kekal dan tidak akan naik lagi]
(Tengah berusaha mengatur strategi untuk merampas kedudukan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2013)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Jamil Khir [kekal]
Abdul Wahid Omar [Senator]
Idris Jala [Senator]
Shahidan Kassim [Naik taraf]
Nancy Shukri
Joseph Entulu
Razali Ibrahim
Paul Low Seng Kwan (Senator)
(Menteri2 tidur takde jasa kpd rakyat pon, lebih baik takde dari ada.)

Menteri Kewangan.
 I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
(Kumpul kewangan untuk diri sendiri dan keluarga sambil dibantu oleh II, senang sikit kerja).

Menteri Pertahanan
Hishammuddin Hussien Onn [bertukar]
(Menjaga pertahanan PM dan diri sendiri dari unsur2 yang boleh menggugat operasi mengumpul kekayaan - semangat kental tak sedar2 diri dan insaf bila hampir mati helikopter terbalik).

Menteri Pertanian Industri Tani.
Ismail Sabri [bertukar portfolio]


Menteri Pengangkutan
Dipangku oleh Hishammuddin Hussien.
(Dah tak ada org lain sgt laaa sampaikan nak kena pangku oleh Abg Hisham, senang sikit nak beli helikopter baru yang lagi canggih - pastikan tidak jatuh lg).


Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi [Gabungan 2 kementerian]
Muhyiddin Yassin [kekal kerana jawatan sebagai TPM pon bukan buat kerja sgt]
Idris Jusoh ( II ) [baru - bengang psal tak dapat jd MB Ganu, ambik syarat je jd org no 2 PPT]


Menteri Dalam Negeri [KDN]
Zahid Hamidi [bertukar portfolio]
(Dulu jaga senjata, kereta kebal, enjin jet dan kapal selam tak bleh menyelam, sekarang kena jaga keselamatan dalam negeri@pak guard je laa).

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Nazri Aziz [Naik taraf]
(Menguruskan aktiviti melancong dan aktiviti sosial PM dan Puan PM, boleh tumpang sekaki dengan bawak family.)

Menteri Luar Negeri
Anifah Aman [kekal]
(Jaga Malaysia dari luar negeri, duduk juga kt luar negeri).

Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof
(Menjaga hal ehwal jalan raya, lebuh raya dan kawasan2 untuk kemudahan hantu2 raya).

Menteri Kesihatan
Subramanian
(Menjaga kesihatan PM dan Puan PM, memastikan kecantikan sentiasa terjaga hensem dan ayu).

Menteri Belia Dan Sukan
Khairy Jamaluddin  [baru]
(Menjaga aktiviti sukan terutama Puan PM terutama sebagai sparing partner main badminton).

Menteri Sumber Manusia
Datuk Richard Riot  [baru]
(Memastikan sumber2 keperluan PM dan Puan PM terutama manusia adalah mencukupi dan senang dikerah).

Menteri Perdagangan Dan Industri [MITI]
Mustafa Mohammed [bertukar]
(Memastikan perdagangan bagi mengaut keuntungan bagi pihak PM dan Puan PM sentiasa terjaga dan mencukupi).

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Ewon Ibin
(Memastikan sains dan teknologi negara berkembang maju untuk manfaat PM dan Puan PM).

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
G. Palanivel
(Memastikan hasil dari sumber asli dan alam sekitar negara terjaga, terbela dan terkumpul untuk kekayaan PM dan Puan PM).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Maximus Ongkili [kekal]
(Memastikan hasil dari sumber tenaga dan air negara terjaga, terbela dan terkumpul untuk kekayaan PM dan Puan PM).

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Shafie Afdal [kekal]
(Memastikan kawasan luar bandar maju)

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Douglas Unggah [baru]
(Mencari dan mendapatkan hasil kewangan baru untuk tabung kekayaan dalam bidang perusahan, perladangan dan komoditi)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Rohani Bin Abdul Karim
(Menjaga kebajikan dan pembangunan wanita terutama Puan PM dan keluarga, hanya yang lelaki lebih tau hal ehwal wanita).

Menteri Komunikasi Multimedia [ganti kementerian penerangan]
Ahmad Sabery Cheek [bertukar]
(Merancang, melaksanakan dan meneruskan aktiviti penyiaran berita2 sampah, tidak betul, tipu daya dan berat kepada rakyat Malaysia).

Menteri Wilayah Persekutuan
Adnan Tengku Mansor [naiktaraf]
(Jaga tokey2 besar, samseng2 dan kuli2 yang ambil kesempatan mengumpul kekayaan merangkap penasihat agama kepada PM).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Abdul Rahman Dahlan
(Menteri kacau bilau, tugas2 sampingan akan di berikan oleh PM dari semasa ke semasa)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Hasan Bin Malek
(Memastikan perdagangan dalam meningkatkan ekonomi dan kekayaan rakyat Malaysia akan meningkat bagi membolehkan lebih banyak kekayaan negara dapat dikumpul oleh pihak yang lebih tidak bertanggungjawab.)


Tuesday, May 14, 2013

Ganu bawah Mat Said...hampeh

Ini laaa nasib org ganu melayu islam...abis laaa blake lps ni, kesan dari pilih org yg bkn ahli utk memerintah negeri..bkn saja islam dipinggirkan tp diabaikan di campak jauh dari hati puok2 ni.






Bengong sungguh Mat Said ni, tp tu TK rasa Mat Said dop sengaja tu, yg mana bleh tu tolong laa dia betulkan kearah kebaikan...bkn apa tu untuk persiapan utk Ganu gak bila PR ambik alih kerajaan negeri sikit hari nt.


Berikut ialah senarai penuh barisan exco negeri Terengganu Darul Iman bagi penggal 2013 - 2017. Senarai ini diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said seperti yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

1. YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Said (ADUN Kijal)Menteri Besar Terengganu
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan Dan Pelaburan, Tanah, Petroleum Dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan.

2. YBM Dato’ Hj. Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN KUALA BERANG)
- Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan.

3. YB Dato’ Hj. Mohd. Jidin Shafee (ADUN PERMAISURI)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan.

4. YB Dato’ Hj, Razif Bin Abdul Rahman (ADUN SEBERANG TAKIR)
- Pengerusi Jawatankuasa Sains Dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Air.

5. YB Hj. Rozi Bin Mamat (ADUN TELEMONG)
- Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia.

6. YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar (ADUN KUALA BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

7. YB Ir. Rosli Bin Othman (ADUN KEMASIK)
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan.

8. YB Hj. Nawi Bin Mohamad (ADUN HULU BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Dan Perusahaan Perladangan & Komoditi.

9. YB A. Latiff Bin Awang (ADUN PENGKALAN BERANGAN)
-Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi Dan Teknologi Maklumat.

10. YB Roslee Bin Daud (ADUN BUKIT BESI)
- Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi.

11. YB Ghazali Bin Taib Ajil (ADUN AJIL) - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas.

Mana pergi jawatan Exco jaga Hal Ehwal Agama Islam?????




Monday, May 13, 2013

Tipu blackout...magis pru13


2 ibu je belum dapat lg...

Balik kerja penat ari ni tp tiba2ada plk yg hantar psal hari ibu...bila bukak je mau guling2 aku gelak, upanya psal ibu lain hahaha...


Lps pru13 ni walaupon PR kalah tp perjuangan masih belum berakhir...ada hikmah kerana ini masa untuk mengukuhkan kedudukan sebelum dapat mentadbir negara xlama lg nt..

Tuesday, April 2, 2013

Dia sahaje betul, orang lain semua salah..



TK rasa laa skrg ni, BN ngok ni perasan semua yg dia buat tu betul semua, org selain dia tu habis dikatakan tak betul, ckp berdegar2 yg ramai yg sokong dia tapi hampeh takut nak bubar parlimen plak, Ingat tu parlimen 'TOK MUNG'--memetik kata2 yg penah disebut seorang penceramah bebas terkenal.

Tak kira laa org lain sape pon yg todak sokong pihak dia dikira tak betul walaupon org tu alim ulama, ustaz, doktor, majestret, lawyer, engineer, profesor dan sebagainya laaa...walaupon org dia yg majoriti bodoh sombong tak ada ilmu tak kira laa ilmu dunia mahupon akhirat semua betul jgk.

Ada yang bodoh keldai tu dah laa bercakap berdegar2, menyumpah seranah dalam ceramah sampaikan nak dengar baca hadis dan ayat quran pon susah tp demi sokongan buta mata hati pada pemimpin2 dia sanggup hina caci maki org2 lain yg lagi berilmu agama cerdik pandai...BODO SUNGGUH laa puak2 ni.

Hancur bolasepak Malaysia bwh FAM..

Apa nak jadi dgn bolasepak Malaysia bwh  FAM (baca F**K)..

TK bingung laa mengenangkan bolasepak Malaysia bawah FAM (baca F**K) ni, makin hari makin teruk laaa, bukan nak cari jalan nak majukan bola sepak Malaysia yang makin teruk ni, tapi asyik duk cari salah org sahaja kerja. Lps sorg sorg kena denda psal artikel 88 bengong tu, nak cari salah org untuk kumpul kantung duit lagi, TK rasa laaa bola sepak Malaysia ari ni masih hidup psal sokongan rakyat Malaysia shj lg, klu nak harap kepala2 yang menerajui FAM ni dah mampos lama bola sepak Malaysia ni.

Sebelum ni ramai yg dah kena denda dan digantung seperti Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar,
Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim dan
Tunku Ismail Sultan Ibrahim....lepas dah denda dan gantung  nak cari lagi kes yg bodoh2 sebagai cara nak dapatkan duit laa tu. Itu belum trmsuk jurulatih spt B Sathinathan, Wan Jamak dan ramai lagi laaa...Lepas tu yang lagi bengong tu kenyataan sang Rajagobahlol tu xde plk nak ambil tindakan, cepat laa sket hukum supaya kena buang jawatan sbg jurulatih pasukan negara, lagi di biar makin teruk plk prestasi pasukan negara yg TK sanjung ini, kesian kat pemain2 yang handal dan berkeliber tapi dapat nakhoda yg asyik buat eksperimen shj  'walaupun kapal yg dibawak tu tengan menuju destinasi'; bodoh tak bertempat laa lu ni 'LAJA'gobal.

Pikir2 laa sendiri klu budaya cam gini masih berterusan dgn tindakan jawatankuasa yg bangang tu tambah lagi kepala2 kat atas tu, bukan kata bola sepak malaysia nak baju tapi makin mundur kebelakang jatuh terduduk tertonngeng dalam longkang laa jawabnya.


'YANG MANA KURANG TK TUNTUT KT AKHIRAT, MANA YG LEBIH TK PULANGKAN KT AKHIRAT'

Celaka DIGI Happy Prepaid..

Hari ni bengang betul Tengkorak Kering (TK) bila senyap2 je kredit TK kena potong sedangkan TK xde melanggan apa2 jenis perkhidmatan selain internet RM1.00 sehari, TK ambik keputusan tel Happy helpline, lps tu bleh plk dorang cakap kredit dipotong kerana ada pihak ke-3yang terlibat ambik kesempatan, TK heran jugak cam mana pihak ke-3 bleh ambik kesempatan tanpa kebenaran pihak DIGI ni, buta2 je kredit TK kena potong hilang lesap tanpa pihak DIGI ganti semula kredit TK ni...

TK buat kira2 bodo laa skarang ni utk tatapan semua:

klu TK sorg dipotong rm2 sehari tanpa sedar, anggaran pengguna DIGI prepaid ni kita ambik laaa busuk2 pon 100 000 org, dlm masa sebulan ada 30 hari..

cuba bayangkan bila

100 000 org X RM2 X 30hari
Jumlah = RM 6 000 000

Bayang kan laaa buta2 je DIGI ni bleh dapat RM 6 Juta dalam masa sebulan tanpa org sedar pon, tu baru satu plan n satu syarikat telekomunikasi dlm sebuln, klu dah setahun korang kira laa sendiri yer.

Itu memang dah dikira mengambil hasil dari org secara haram dengan kata lain mencuri, aku doakan org2 yang makan hasil haram cam gini bertaubat laa sebelum korang mati.

'YANG MANA KURANG TK TUNTUT KT AKHIRAT, MANA YG LEBIH TK PULANGKAN KT AKHIRAT'.