Followers

Monday, March 31, 2014

MH370 & masalah dunia : Berkata benar walaupon pahit..

Maksudnya:

Dari Ibn Mas'ud r.a. :
Hendaklah kamu berkata benar, maka sesungguhnya berkata benar itu membawa kepada kebaikan, dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga, sentiasalah seseorang itu berkata benar dan berusaha untuk berkata benar sehingga ia di kenali disisi Allah sebagai orang yang benar. Jaga-jaga kamu dari bercakap bohong, maka sesungguhnya bercakap bohong itu membawa kepada kejahatan, dan sesungguhnya kejahatan itu membawa ke neraka, sentiasalah seseorang itu bercakap bohong dan berusaha untuk bercakap bohong sehinggalah ia di kenali disisi Allah sebagai "pendusta".
[Muttafaqun alaiy]


Pengajaran Hadith: 

  • Benar ialah : Berita yang selari dengan keadaan sebenar, manakala bohong ialah: Berita yang tidak selari dengan keadaan sebenar. Maka dalam apa jua keadaan kita dikehendaki bercakap benar walaupon keadaan itu boleh merugikan kita, menyusahkan kita kerana disebalik bekata benar itu tersimpan seribu hikmah kebaikan berbanding berbohong.
  • Hadith memerintah orang beriman agar sentiasa bercakap benar, kerana bercakap benar boleh membawa kepada kebaikan dan akhirnya membawa ke syurga. Firman Allah ta'ala yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang baik nescaya akan berada dalam nikmat (syurga)"[Al-Infitar 82:13]
  • Bercakap benar adalah salah satu sifat mulia yang akan datang melalui usaha dan mujahadah seseorang. Barangsiapa yang benar-benar berusaha untuk bercakap benar sehingga benar itu menjadi satu ta'biat (semulajadi) baginya, maka ketika itu ia akan di catat di sisi Allah sebagai "al-Siddiq"(yang selalu bercakap benar).
  • Hadith ini juga memerintah orang beriman agar berjaga-jaga dari bercakap bohong, kerana bohong boleh membawa kepada kejahatan dan kefasiqan dan akhirnya membawa orang ke neraka.
  • Bercakap bohong adalah salah satu sifat buruk yang datang melalui usaha manusia sendiri dan sekiranya ia terus berbohong, maka ia akan menjadi sifat yang kekal pada seseorang sehingga ia di catat di sisi Allah sebagai "pembohong".
  • Berbohong juga adalah salah satu sifat munafik(nifak amal).
    Sabda Rasulullah s.a.w. : "Tanda munafik ada tiga:Apabila di beri amanah ia khianat, bila bercakap ia bohong, bila berjanji ia mungkiri."[Muttafaqun alaiy].
  • Meniru dalam erti kata menipu termasuk dalam berbohong iaitu berbohong kepada dirinya sendiri. Nabi s.a.w. tidak mengaku umat orang yang meniru atau menipu.
    Sabda Rasulullah s.a.w."Barangsiapa yang menipu, maka ia bukan dari golongan kami".[Riwayat Muslim].
  • Sudah menjadi satu dosa bagi sesiapa yang bercakap apa sahaja yang di dengar.
    Sabda Rasulullah s.a.w. ; "Cukuplah sebagai satu dosa bahawa ia bercakap apa sahaja  yang ia dengar".{Riwayat Muslim]
p/s: Sesungguhnya setiap kata yang bohong itu akan sentiasa berpanjangan, maka dosa yang dikumpul juga akan sentiasa berlarutan, satu pembohongan memerlukan pembohongan-pembohongan lain untuk menutup pembohongan tersebut, maka sampai bila ianya akan terus berlarutan...lebih baik bercakap benar walaupon pahit dari trus melakukan pembohongan yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment