Perencana MH370 Gembira
Perencana MH370 Gembira - Buang Muatan Kargo Ke Laut Hindi, Pencarian Dihentikan Sementara Akibat Cuaca Buruk
Bukti paling haram jadah dalam sejarah menentukan sesebuah kapalterbang
mengalami kemalangan jatuh ke laut. Inilah yang dikatakan haram jadah
kelas satu. Hanya dengan menemui pelet kayu, imej setelit yg entah apa2 dipamerkan dan bukti sahih belum dijumpai maka KEREjaan Malaysia dengan segera mengisytiharkan keputusan
dibuat bahawa penerbangan MH370 berakhir di laut Hindi kerana berlaku masalah
dalam kabin.

Bila dengar PM Najib buat announcement cam gitu, adakah kita akan menerima keputusan ini bulat-bulat?
Jika MH370 sebenarnya dirampas apa tuntutan nye, dengan hanya mencampakkan beberapa
muatan kargo ke Lautan Hindi, perencana bagi kehilangan pesawat MH370 boleh bergembira
apabila pencarian ke atas mereka dihentikan. MH370 diisytiharkan
terjunam ke laut tanpa bukti serpihan badan pesawat. Tambahan lagi bila operasi pencarian ditangguhkan bila keadaan laut Hindi yang bergelora, dan terlalu merbahaya kepada yang terlibat dalam operasi...
Jika sekalipun serpihan badan persawat ditemui selepas ini , fikirkanlah
mengapa selepas 17 hari baru ditemui. Tidakkah terfikir MH370
dileraikan dan bahagian pesawat di hanyutkan ke Lautan Hindi.
Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan
terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau telah
dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB)
dari Britain.
Najib berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini
memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan,
merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di
tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.
"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.
"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda,
bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di
selatan Lautan Hindi," kata Najib.
No comments:
Post a Comment