Followers

Sunday, June 2, 2013

Telaga Al-Kausar dan umat Rasulullah SWA.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku adalah pendahulu kalian menuju telaga. Siapa saja yang melewatinya, pasti akan meminumnya. Dan sesiapa meminumnya, niscaya tidak akan haus selamanya. Nanti akan datang beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, namun mereka terhalangi dari menemui diriku.” (HR Bukhari, no. 6528 dan Muslim, no. 4243)  Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Aku berkata: “Mereka termasuk umatku!” Namun muncul jawaban: “Engkau tidak mengetahui perkara yang mereka ada-adakan selepas sepeninggalmu.” Aku pun berkata: “Pergi dari sini, Pergi dari sini, bagi orang yang mengubah (ajaran agama) setelahku.” (HR Bukhari, no. 6097)  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya selepasku nanti akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan penipuan. Sesiapa pergi kepada mereka lalu membenarkan penipuan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan dapat mendatangi telagaku. Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan dapat mendatangi telagaku”. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmidzi). 


Daripada hadis2 di atas dapat kita sama2 renungkan bahawa walaupun umat islam akhir zaman ini di anggap umat Nabi Muhammad tetapi kerana membenarkan penipuan dan membantu kezaliman pemimpin2 maka Nabi SWA tidak mengaku sebagai umat, wanau zubillah himin zalik....mintak dijauhkan kita semua tergolong dr golongan ini kerana jika tidak diterima sebagai umat Nabi Muhammad maka adakah kita layak untuk mendapat syafaat Baginda dan syurga Allah...renung2kan laaa untuk kebahagian akhirat kita, kejarlah dunia tp jgn hingga kita terlepas akhirat.