Followers

Wednesday, March 30, 2011

Cikgu Ayu

Cikgu Ayu, itulah lagu yg aku suka dengar skarg ni, entah laaa naper pon aku tak tau tapi melodinya buatkan aku tersenyum. Nak kata ada kenal cikgu ayu mana2 rasanya tak ada laaa plak tp boleh laaa buat layan halwa telinga ni.
sama-sama laaa klu sesape yg nak layan lagu ni menghayati lagu cikgu ayu.

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu
Kacaunya jiwaku
Mungkin kerna cintaku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Tak suka tak apa

Jikalau kau dah tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau kau dah tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Chorus#
Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri
Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka ada ada saja
Sukarnya nak ku temui cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangi ku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya.

Cinta Takdir

Dalam episod cinta takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?
Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.
Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.
Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.
Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.
Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.
Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang akan merubah pasangan kita.
Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.
Setelah berusaha sehabis daya… istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Pasangan kita bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bermakna kehilangan segala-galanya. Kita masih punya Allah yang akan memberikan kita segalanya...........