Followers

Tuesday, May 14, 2013

Ganu bawah Mat Said...hampeh

Ini laaa nasib org ganu melayu islam...abis laaa blake lps ni, kesan dari pilih org yg bkn ahli utk memerintah negeri..bkn saja islam dipinggirkan tp diabaikan di campak jauh dari hati puok2 ni.






Bengong sungguh Mat Said ni, tp tu TK rasa Mat Said dop sengaja tu, yg mana bleh tu tolong laa dia betulkan kearah kebaikan...bkn apa tu untuk persiapan utk Ganu gak bila PR ambik alih kerajaan negeri sikit hari nt.


Berikut ialah senarai penuh barisan exco negeri Terengganu Darul Iman bagi penggal 2013 - 2017. Senarai ini diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said seperti yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

1. YAB Dato’ Seri Hj. Ahmad Said (ADUN Kijal)Menteri Besar Terengganu
- Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan Dan Pelaburan, Tanah, Petroleum Dan Sumber Asli, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan.

2. YBM Dato’ Hj. Tengku Putera Bin Tengku Awang (ADUN KUALA BERANG)
- Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan.

3. YB Dato’ Hj. Mohd. Jidin Shafee (ADUN PERMAISURI)
- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan.

4. YB Dato’ Hj, Razif Bin Abdul Rahman (ADUN SEBERANG TAKIR)
- Pengerusi Jawatankuasa Sains Dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Air.

5. YB Hj. Rozi Bin Mamat (ADUN TELEMONG)
- Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia.

6. YB Dr. A. Rahman Bin Mokhtar (ADUN KUALA BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

7. YB Ir. Rosli Bin Othman (ADUN KEMASIK)
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Pengangkutan.

8. YB Hj. Nawi Bin Mohamad (ADUN HULU BESUT)
- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Dan Perusahaan Perladangan & Komoditi.

9. YB A. Latiff Bin Awang (ADUN PENGKALAN BERANGAN)
-Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian & Pengurusan Prestasi Dan Teknologi Maklumat.

10. YB Roslee Bin Daud (ADUN BUKIT BESI)
- Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi.

11. YB Ghazali Bin Taib Ajil (ADUN AJIL) - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas.

Mana pergi jawatan Exco jaga Hal Ehwal Agama Islam?????




No comments:

Post a Comment